Pada 21 Mac 2023 (selasa) , Geomatika College Keningau telah mengadakan Hari Anugerah Dekan Pelajar bagi tahun 2023. Program ini dianjurkan untuk memberikan apresiasi dan semangat kepada pelajar atas kesungguhan mereka dalam bidang akademik dan juga menigkatkan lagi motivasi pelajar GCK. Hal ini dapat memupuk lagi semangat dan juga mengekalkan kecemerlangan pelajar-pelajar pada semester yang akan datang sekaligus memberi semangat kepada pelajar-pelajar yang lain untuk mendapatkan anugerah ini.
Syabas Dan Tahniah Diucapkan