
Keningau
Selamat Datang..
Ketibaan anda ke Keningau memberi rasa yang sama seperti kampung halaman kerana tradisi masyarakat dan budaya masih dikekalkan. Terdapat perbezaan ketara akhir – akhir ini di sini disebabkan Keningau kini diiktirafkan sebagai bandar.
Seperkara dengan itu, banyak jenis – jenis kemudahan untuk anda, bukan sahaja banyak, akses untuk anda dapatkannya adalah mudah. Struktur susunan bangunan mudah diingat kerana perancangan bandar yang berjaya dan lebuhraya yang tidak terhad untuk kemana – mana.
Bandar Keningau merupakan bandar kelima terbesar di Sabah dan terletak di antara kawasan Tambunan-Tenom dan terkini menjadi persinggahan untuk laluan Kota Kinabalu-Tawau.
Pertumbuhan ekonomi di kawasan pedalaman Sabah membawa kepada peningkatan taraf hidup penduduk di Keningau. Perubahan sosio-ekonomi ini membri impak kepada pembukaan pusat membeli belah yang semakin bertambah dari hari ke hari.
Melalui pembukaan ini, kemudahan-kemudahan asas mudah untuk diperolehi mengikut kehendak dan keperluan penduduk sekitar Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan.
Antara pusat membeli-belah di Keningau:-
i. Hiap Lee Supermarket
ii. Mee Woo Supermarket
iii. Servay Jaya
iv. Milimewa
v. Keningau Mall (lebih dikenali sebagai”Gmart” oleh Penduduk Keningau)
vi. Giant Superstore Keningau;
dan banyak lagi kedai yang anda boleh temui dengan kepelbagaian pilihan keperluan.
Kepelbagaian sosiobudaya yang terdapat di Keningau mewujudkan kepelbagaian jenis makanan. Pilihan makanan yang banyak memberi kepuasan kepada pengunjung untuk menikmati hidangan berasaskan tradisi Sabah, melayu ataupun moden.
Menjadi satu keutamaan kepada peniaga untuk menyediakan makanan yang halal dan bersih kepada para pengunjung.
Anda berminat untuk membuat aktiviti luar dan melawat tempat-tempat menarik?Keningau menjadi salah satu destinasi untuk anda kunjungi.
Kedudukan Keningau yang terletak di Banjaran Crocker (4 daripada 7 gunung di Keningau) memberi anda pengalaman dan kepuasan ketika melakukan aktiviti luar.
Para pelajar boleh merancang untuk menjalankan aktiviti luar ini bersama-sama dengan pihak kolej bagi meningkatkan kemahiran dalam diri pelajar masing-masing.
Pihak kolej turut menggalakkan pelajar untuk bergiat aktif dengan aktiviti luar bilik kuliah sebagai satu persediaan untuk menghadapi cabaran ketika berada dalam industri pekerjaan kelak.
Keningau juga mempunyai antara ladang susu lembu terbesar & termoden di Malaysia yang dimiliki Evergreen Sdn. Bhd. Tidak ketinggalan juga di Bukit Trig yang semakin menjadi popular di kalangan masyarakat Sabah dan dibibir-bibir penduduk Keningau, untuk aktiviti hiking.
(Stadium Keningau)
Jarak 1 kilometer dari bandar Keningau, kompleks ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti kolam mandi awam, gelanggang hoki / futsal, gelanggang badminton, gym, trek dan pelbagai jenis kemudahan sukan yang lain.
Kedudukan Keningau yang berada di pertengahan antara Tambunan – Tenom dan Beaufort – Nabawan menjadi persinggahan pengunjung sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju.
Jalan Keningau Berhubung dengan jalan – jalan bandar penting seperti Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan & Lahad Datu, Seperti:
✔ Laluan Persekutuan Malaysia 500 – Kota Kinabalu, Tambunan dan Tenom.
✔ Lebuhraya Kimanis-Keningau – Kimanis, Papar, Kawang, Kinarut, Putatan dan Kota Kinabalu.
✔ Lebuhraya Tawau-Keningau – Tawau, Kalabakan, Nabawan, Sook dan Keningau.
✔ Jalan Keningau – Sook
Kemudahan lain seperti perkhidmatan teksi, bas mini dan juga bas jarak jauh mudah didapati di sekitar bandar Keningau.
Sumber: Wikipedia | Keningau




