Majlis konvokesyen pertama Kolej Geomatika Cawangan Keningau

12 Dec, 2017 – Syabas dan Tahniah kepada graduan Kolej Geomatika Keningau yang berjaya menamatkan pengajian dengan sekaligus menerima pengiktirafan berdasarkan program pengajian masing – masing. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Geomatika yang bertungkus lumus dalam majlis ini sehingga berjaya dilaksanakan.

Diharap agar para pelajar dan bakal  sebahagian daripada warga Geomatika mendapat inspirasi daripada kejayaan ini. Pihak Geomatika mendoakan agar  para  graduan akan terus maju jaya dalam dunia kerjaya sebenar.