Tentang Kami

Sejarah Penubuhan

Geomatika Sabah edu Sdn Bhd ditubuhkan pada 25 Oktober 2011 untuk menjalankan Institusi Pengajian dan Latihan atau Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang dinamakan Kolej Geomatika Cawangan Keningau. Pada Januari 2013 Kolej Geomatika secara tidak rasminya mula beroperasi di Negeri Sabah yang berpusat di Keningau iaitu bandar ke 5 yang pesat membangun di Sabah.

Lokasi Institusi

Kolej Geomatika Cawangan Keningau beralamat di Blok-A1, Pegalan Shopping Centre, 89000 Keningau, Sabah. Bangunan ini terletak di kawasan pusat Bandar Keningau.

Kedudukannya amat strategik kerana lokasinya berhampiran dengan pejabat-pejabat pentadbiran kerajaan persekutuan , kemudahan-kemudahan asas seperti pusat perbankan, pusat membeli belah, balai polis, kompleks sukan, padang permainan, perpustakaan negeri, klinik-klinik kesihatan dan juga kemudahan pengangkutan awam amat mudah diperolehi.

Baca Selanjutnya Tentang Kolej Geomatika Keningau...

( Dikemaskini Pada : 19/7/2017 | Minggu Ke – 3 Julai 2017 | 3:24PM )