Unit Kaunseling & Bimbingan Pelajar
SELAMAT DATANG KE LAMAN UNIT KAUNSELING & BIMBINGAN! – Kami berharap laman ini dapat membantu anda mendapat informasi yang diperlukan. Kami juga mengalu-alukan anda untuk datang dan berjumpa dengan Penasihat Kaunseling kami atau mentor anda untuk membantu anda sepanjang berada di Kolej Geomatika Keningau.
Unit Kaunseling kami menyediakan kemudahan & peluang kepada siswa siswa untuk memberi pendekatan yang terbaik dan sesuai dalam setiap isu dan permasalahan yang dialami oleh pelajar, seperti:
Kemahiran Sosial;
Kemahiran Komunikasi;
Pembangunan Kendiri;
Keseimbangan Hidup;
Pengurusan Masa;
Perancangan Masa Depan & Karier; dan
lain – lain.
Perihal Unit Kaunseling & Pelajar
Semestinya seorang pelajar memerlukan petunjuk untuk menangani pelbagai cabaran dalam menghadapi kehidupan seharian. Hal demikian, Unit Kaunseling kami akan memberi nasihat yang komprehensif (secara saintifik) dan solusi secara berbeza (Menurut situasi anda) kerana kepelbagaian dan ketidaksamaan situasi setiap perkara itu sendiri.
Unit Kaunseling akan memberi pelajar melalui suatu perlaksanaan program khas untuk membantu mereka menyelesaikan dengan mudah dan mengelak pelajar mengambil keputusan yang tidak sewajarnya.
VISI
Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan berprestasi tinggi yang memantapkan fasa pelajar Kolej geomatika Keningau dalam aspek bakat dan kebolehan serta pembangunan pendidikan, sosial dan psikologi yang sejajar dengan objektif kolej
MISI
Memberi perkhidmatan kaunseling dan bimbingan yang berkualiti dan efektif kepada pelajar dalam aspek bakat dan kebolehan serta pembangunan pendidikan, sosial dan psikologi, sejajar dengan misi kolej
MATLAMAT
NILAI MURNI
Menyemarakkan pembangunan kemahiran untuk kekal komited terhadap tanggungjawab, berdikari dan sentiasa positif pada diri sendiri.
SOSIAL
Membebaskan pelajar daripada tekanan dan membantu soal kehidupan dalam aspek psikologi dan sosial.
PELAJARAN
Memberi pendekatan yang terbaik dalam aspek pembelajaran dan dominan dalam mengatasi masalah.
PRESTASI
Memberi langkah dalam mengawal situasi dan mengekalkan kecemerlangan dalam pelajaran.
HARGA DIRI
Membantu diri pelajar dalam menguatkan kepercayaan, Keyakinan dan semangat.